Monday, April 22, 2013
Apa yang aku hendak buat?
Tidak mungkin lagi ku bawa jiwa ini,
lebih elok lah jika hasrat ini dibawa pergi,
Jika tidak kuberi jiwa ini menzahirkan rasa cinta padamu,
apa lagi gunanya? kenapa aku masih memiliknya?
Sunday, April 21, 2013
Darjat
Manusia itu asalnya setara. Darjat itu sesama manusia itu adalah bullshit yang dibikin oleh Manusia itu.. Darjat kau disisi Tuhan itu yang penting. Ayuh
Wednesday, April 10, 2013
Hati yang penuh dengan tanda tanya.
Katakan organ organ didalam badan aku ini adalah sekumpulan
manusia zaman batu. Hati aku ini adalah dari jenis manusia zaman batu yang lain
sedikit. Dia selalu sahaja mempersoalkan semua benda. Bertanya sampai dia
pasti.
“Ehh betul ke?”
“ Ehh salah ni.”
“Ehh boleh ke?”
“ Ehh aku kurang yakin lah”
“Eh aku rasa aku cinta dialah”
“Tak mungkin dia terima aku”
Disebabkan ini hati tidak
digemari oleh sekian organ yang lain. Kadang kala disebabkan hati perjalanan
keseluruhan kumpulan untuk melakukan kerja harian terganggu dengan pertanyaan
pertanyaannya.
Satu malam semua ahli puak berkumpul. Setelah di panggil
oleh ketua puak iaitu otak.
“Ye dia ni memang tak guna.menyusahkan” - Telinga
“Aku malas nak layan pertanyaan dia.” - Ginjal
Sebagai ketua puak Otak sedar tentang perkara ini keputusan telah
di ambil.
“ Ok kita tinggalkan dia malam ni.” Kata otak
Besoknya hati bangun pagi dan melihat semua khemah telah
kosong. Sambil melihat pisau yang terpacak didadanya dan nota berbunyi
“ Maaf kami semua logikal. Kau ni terlampau mengikut
perasaan , selamat tinggal sucker “ – Majlis Ketua.
Sambil terkebil kebil terbaring akibat kehilangan banyak
darah hati masih bertanya.
“kenapa mereka tak kejut dan ajak aku sama”
Subscribe to:
Posts (Atom)