Tuesday, May 7, 2013

langit

turunlah, turunlah mengaumlah, mengaumlah lepaskan hajat itu langit. cucilah, cucilah dosa kuala lumpur ini. supaya mereka semua berhenti mencaci sesama sendiri. berhentilah kalian berhenti dan saksikan langit membasuh semua itu.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 22, 2013

Apa yang aku hendak buat?


Tidak mungkin lagi ku bawa jiwa ini,
lebih elok lah jika hasrat ini dibawa pergi,
Jika tidak kuberi jiwa ini menzahirkan rasa cinta padamu,
apa lagi gunanya? kenapa aku masih memiliknya?

Sunday, April 21, 2013

Darjat

Manusia itu asalnya setara. Darjat itu sesama manusia itu adalah bullshit yang dibikin oleh Manusia itu.. Darjat kau disisi Tuhan itu yang penting. Ayuh

Wednesday, April 10, 2013

Hati yang penuh dengan tanda tanya.


Katakan organ organ didalam badan aku ini adalah sekumpulan manusia zaman batu. Hati aku ini adalah dari jenis manusia zaman batu yang lain sedikit. Dia selalu sahaja mempersoalkan semua benda. Bertanya sampai dia pasti.

“Ehh betul ke?”

“ Ehh salah ni.”

“Ehh boleh ke?”

“ Ehh aku kurang yakin lah”

“Eh aku rasa aku cinta dialah”

“Tak mungkin dia terima aku”

Disebabkan ini hati  tidak digemari oleh sekian organ yang lain. Kadang kala disebabkan hati perjalanan keseluruhan kumpulan untuk melakukan kerja harian terganggu dengan pertanyaan pertanyaannya.
Satu malam semua ahli puak berkumpul. Setelah di panggil oleh ketua puak iaitu otak.

“Ye dia ni memang tak guna.menyusahkan” - Telinga

“Aku malas nak layan pertanyaan dia.” - Ginjal

Sebagai ketua puak  Otak sedar tentang perkara ini keputusan telah di ambil.

“ Ok kita tinggalkan dia malam ni.” Kata otak

Besoknya hati bangun pagi dan melihat semua khemah telah kosong. Sambil melihat pisau yang terpacak didadanya dan nota berbunyi

“ Maaf kami semua logikal. Kau ni terlampau mengikut perasaan , selamat tinggal sucker “ – Majlis Ketua.

Sambil terkebil kebil terbaring akibat kehilangan banyak darah hati masih bertanya.

“kenapa mereka tak kejut dan ajak aku sama”