Tuesday, May 7, 2013

langit

turunlah, turunlah mengaumlah, mengaumlah lepaskan hajat itu langit. cucilah, cucilah dosa kuala lumpur ini. supaya mereka semua berhenti mencaci sesama sendiri. berhentilah kalian berhenti dan saksikan langit membasuh semua itu.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 22, 2013

Apa yang aku hendak buat?


Tidak mungkin lagi ku bawa jiwa ini,
lebih elok lah jika hasrat ini dibawa pergi,
Jika tidak kuberi jiwa ini menzahirkan rasa cinta padamu,
apa lagi gunanya? kenapa aku masih memiliknya?

Sunday, April 21, 2013

Darjat

Manusia itu asalnya setara. Darjat itu sesama manusia itu adalah bullshit yang dibikin oleh Manusia itu.. Darjat kau disisi Tuhan itu yang penting. Ayuh

Wednesday, April 10, 2013

Hati yang penuh dengan tanda tanya.


Katakan organ organ didalam badan aku ini adalah sekumpulan manusia zaman batu. Hati aku ini adalah dari jenis manusia zaman batu yang lain sedikit. Dia selalu sahaja mempersoalkan semua benda. Bertanya sampai dia pasti.

“Ehh betul ke?”

“ Ehh salah ni.”

“Ehh boleh ke?”

“ Ehh aku kurang yakin lah”

“Eh aku rasa aku cinta dialah”

“Tak mungkin dia terima aku”

Disebabkan ini hati  tidak digemari oleh sekian organ yang lain. Kadang kala disebabkan hati perjalanan keseluruhan kumpulan untuk melakukan kerja harian terganggu dengan pertanyaan pertanyaannya.
Satu malam semua ahli puak berkumpul. Setelah di panggil oleh ketua puak iaitu otak.

“Ye dia ni memang tak guna.menyusahkan” - Telinga

“Aku malas nak layan pertanyaan dia.” - Ginjal

Sebagai ketua puak  Otak sedar tentang perkara ini keputusan telah di ambil.

“ Ok kita tinggalkan dia malam ni.” Kata otak

Besoknya hati bangun pagi dan melihat semua khemah telah kosong. Sambil melihat pisau yang terpacak didadanya dan nota berbunyi

“ Maaf kami semua logikal. Kau ni terlampau mengikut perasaan , selamat tinggal sucker “ – Majlis Ketua.

Sambil terkebil kebil terbaring akibat kehilangan banyak darah hati masih bertanya.

“kenapa mereka tak kejut dan ajak aku sama”

Monday, September 12, 2011

Bola Hari ini

BPL yang makin meningkat.

Teringat aku masa zaman kolej kolej. Team yang aku consider paling power  di BPL masa tuh ialah Arsenal. sampai ada satu musim tuh (2003-2004) arsenal tak penah kalah. Fuh memang power dan Art.  Masa tuh art dorang memang  menjadi.  Ke “art” tan mereka sampai aku percaya pada masa tuh si henry tuh alien. Mana tak alien, masa orang pass bola atau cross bola dari belakang dia tau je kat mana bola tuh pergi, macam ada sensor. Mungkin sebab kepala dia agaknya.

Perhatikan kepala Henry
The invicibles -  fabregas dan van persie masa ni baru bercerai susu.

Pada zaman tu kelab macam MUsaikap dan Chelski je yang boleh memberi saingan, liverpool macam biasa la dalam liga tak power tapi dalam champion league power. Kelab kelab ini lah orang cakap “the big four” . Kelab yang lain semuanya melengkapkan jadual sahaja. yang empat ni je la yang menjadi kegilaan dari mat mat rempit hingga ke budak budak perasan high class. Jiwa mereka “sememangnya british” , selain itu kelabul malami orange pun tengah up masa ni.
Jenama laksamana yang menjadi kegemaran kelasi


Aku fikir pada masa itulah zaman kejatuhan BPL. Sebab Arsenal power sangat. Tapi, sangkaan ku meleset seperti ekonomi US sekarang ni. Pada masa masa itu lah kelab kelab BPL terutama abang abang besar dorang mula berubah dari typical english football kepada yang lebih bervariasi.


“Toure malu dengan sikap fellow african yang suka menyamun pemandu teksi malaysia”
 - petikan majalah variasari


Paling ketara berubahnya ialah Musaikap. Semenjak tragedi di Champion leaque dimana dua defender mereka melekat, mereka telah berubah secara drastiknya. Hasilnya asik dorang ni je la yang pergi  quarterfinal Champion leaque tapi jarang  jarang  jugak menang.

 Semenjak dilanggar Evra , Heinze tidak seperti dulu

Semalam aku tengok Musaikap power. Guna budak tadika tapi power. Tak macam tadika arsenal. Tadika arsenal dah tak musim. Mak bapak sekarang suke hantar anak anak ke tadika MUsaikap. Parking senang, servis berkualiti, cikgu die pon berpengalaman. (Atuk ferguson). Yang sezaman dengan atuk ni semua dah kene reject tinggal pengetua arsenal je tak pencen pencen. Respek kepada atuk ferguson taktiknya makin improve.
Fergie, anak sedare ferguson


Sekarang ni dah lain. Dulu manchester city tapi sekarang abang long manchester city. Abang long Liverpool dah cuci tangan. Abang long Arsenal nak carik keje pun susah. Big four pun dah bertukar. Aku harap abang long abang long sekalian jangan biarkan ayahanda MU pegang BPL sorang sorang. Jangan biarkan MUsaikap ni jadi arsenal yang invicible masa dulu dulu. –  K.O ken

Wednesday, March 2, 2011

Video Hari Ini - perompak yang pantang mengalah

Aku sedang mandi. Air pancuran jatuh ke kepala semacam memberi aku buah fikiran. Tahniah kepada diri sendiri, ini lah tempelan yang pertama.



Pengajaran :- buat sesuatu biar habis jangan berhenti di tengah jalan.